Apple dijangka akan memperkenalkan telefon pintar terbaru dibawah siri iPhone 15 seawal pertengahan September kelak. Melaluinya, Apple dijangka menawarkan empat model peranti, termasuk iPhone 15, iPhone 15 Plus, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max.
Mengikut info, siri iPhone 15 dijangka hadir dengan ciri Dynamic Island pada ke semua model, serta menggunakan port berasaskan USB-C. Disamping itu, kini hadir desas-desus turut menyatakan Apple mungkin menyertakan pilihan storan sehingga 2TB pada model baharu telefon pintar ini kelak.
Dengan langkah ini, ia akan menjadikan siri iPhone 15 mempunyai ruangan storan yang paling tinggi di pasaran, berbanding yang lain. Ini juga mungkin selari dengan sokongan rakaman video dan gambar berkualiti tinggi melaui peranti tersebut.
Apa pun, buat masa ini, ia sekadar desas-desus sahaja buat masa ini, dan sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Apple menjelang pertengahan September kelak.