Apakah evolusi seterusnya dalam dunia cip Apple SIlicon? Menurut Mark Gurman yang menulis untuk Bloomberg, Apple sedang menguji cip M3 Max yang dilengkapi CPU 16 teras dan GPU 40 teras. Pada CPU, sebanyak 12 teras khusus untuk pemprosesan tinggi dan 4 lagi teras adalah untuk kecekapan bagi menjimatkan penggunaan bateri.

Dalam mesin yang sedang diuji, Gurman berkata ia dilengkapi 48GB RAM namun pada model sebenar kelak saiz memori lebih besar akan ditawarkan. Sebagai perbandingan cip M2 Max tahun ini hadir dengan CPU 12 teras dan GPU 38 teras. Cip M3 biasa pula dijangka hadir dengan CPU 8 teras dan GPU 10 teras. Sementara itu M3 Pro pula hadir dengan CPU 12 teras dan GPU 18 teras,
Tidak seperti M2 Max yang menggunakan teknologi 4nm, cip M3 Max kelak akan dihasilkan menerusi teknologi 3nm TSMC. Ini pastinya memberikan peningkatan bukan sahaja pada prestasi pemprosesan tetapi lebih penting lagi ialah penjimatan penggunaan bateri.
- Sumber
- Bloomberg