Selama ini Bing Chat dengan sokongan kecerdasan buatan hanya disokong pada Microsoft Edge dan aplikasi khas pada peranti pintar. Dengan Bing Chat kini sudah enam bulan dilancarkan, Microsoft mengumumkan Bing Chat akhirnya akan boleh digunakan pada pelayar web pihak ketiga dan mudah alih dalam masa terdekat.
Sejak dilancarkan beberapa penambah baikan telah diberikan berdasarkan input pengguna. Microsoft memberikan ciri log perbualan yang dilakukan dengan Bing Chat. Dengan ini soalan yang pernah ditanya boleh dicari semula di kemudian hari.
Seterusnya Bing Chat Enterprise akan ditawarkan kepada pelanggan perniagaan dengan jawapan yang diberikan telahpun disahkan lengkap dengan sumber. Data yang dimasukkan ke dalam Bing Chat Enterprise juga memastikan isu data rahsia syarikat tertiris tidak akan berlaku.
Carian visual menggunakan Bing Chat juga dipertingkatkan dengan kemampuan multimodal. Pengguna boleh bertanya dengan menyertakan gambar. Dalam video di atas pengguna boleh bertanya kepada Bing Chat kepala palam elektrik mana perlu dibawa jika ingin ke UK dan ia akan memberikan jawapan berdasarkan gambar yang disertakan.
Akhir sekali pengguna boleh memilih tema gelap dalam Bing Chat dan Bing Chat Enterprises bagi mengelakkan isu tema putih menyakitkan mata ketika digunakan.