Facebook Akan Tamatkan Sokongan SMS Dalam Aplikasi Messenger Berkuatkuasa 28 September
Aman
Facebook kini memaklumkan para pengguna, menyatakan sokongan SMS pada aplikasi Messenger akan ditamatkan berkuat-kuasa 28 September 2023 kelak.

Untuk makluman, pada 2016 lepas, Messenger telah dikemaskini dengan sokongan SMS. Ini sekaligus membolehkan pengguna menggunakan aplikasi Messenger di telefon Android untuk turut menguruskan mesej-mesej SMS – membuatkan tidak perlu pelbagai aplikasi berbeza untuk membaca mesej.
Apa pun, kini dengan penamatan sokongan ini, pengguna perlu memilih aplikasi permesejan lain dalam menguruskan SMS – termasuk dalam menerima dan menghantarnya. Google sendiri mempunyai aplikasi yang menguruskan SMS dinamakan dengan nama sama, iaitu Messenger.
[sumber]Meta[/sumber]
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.