Pra-tempahan Kerusi Ergonomik TTRacing Airflex Kini Dibuka Pada Harga RM599
Nazrin
TTRacing secara lazimnya dikenali sebagai sebuah jenama kerusi gaming yang hadir dengan rekaan serba besar dengan penggunaan kulit sintetik dengan tempat duduk yang empuk. Jenama tersebut kini dilihat mahu memasuki arena kerusi ergonomik pula dengan penawaran terbaru mereka, TTRacing Airflex.

Melalui Nextrift, TTRacing Airflex hadir dengan penggunaan jaring mesh di belakangnya, memberi pengguna pengudaraan yang cukup baik untuk bahagian belakang yang mengelakkan isu berpeluh apabila duduk untuk jangkamasa yang lama. Ini dipadankan bersama kusyen duduk empuk dan selesa, sama seperti penawaran kerusi gaming TTRacing sebelum ini.
Lengan kerusi TTRacing Airflex ini juga boleh dinaikkan jika anda lebih selesa duduk diatas kerusi tanpa lengan dan ia juga boleh dibaringkan pada sudut 121 darjah tanpa perlu risau bahawa ia akan terbalik.

TTRacing Airflex ditawarkan didalam warna Graphite Black dan Ashy Gray, dan pra-tempahan sudahpun dibuka dengan harga RM599, yang merupakan diskaun sebanyak RM130 daripada harga asalnya, RM729. Untuk penjimatan yang lebih banyak, anda juga boleh menggunakan kod diskaun NEXTRIFT10 untuk mendapatkan diskaun 10 peratus daripada tanda harga pra-tempahan kerusi ini. Kod ini juga boleh digunakan untuk produk TTRacing yang lain.
Kerusi ergonomik ini dijangka akan dipasarkan pada 4 September ini, dimana ia juga akan mula dihantar kepada mereka yang telah melakukan pra-tempahan untuknya.
[sumber]Nextrift[/sumber]