Cari @ Amanz

Semalam Samsung Jerman mengumumkan ujian One UI 6 Beta berasaskan Android 14 dimulakan di negara tersebut dan juga Korea Selatan dan Amerika Syarikat. Ia terbuka kepada pengguna peranti Samsung Galaxy S23 Ultra, Galaxy S23+ dan Galaxy S23 sahaja pada waktu ini. Namun begitu beberapa selepas itu pengumuman ini telah dipadam secara mengejut.

Sungguhpun pengumuman telah dipadam dan pendaftaran untuk One UI 6 Beta kini telah ditangguh, dua tangkapan layar telah dikongsi memberikan petunjuk awal perubahan yang akan berlaku. Talam notifkasi dan talam pintasan pantas sahaja boleh dilihat pada waktu ini.

Susunan talam pintasan pantas berubah lagi dengan wujud “pulau” khas untuk pintasan pantas, mengubah keterangan skrin, akses kepada Smart View, WiFi, Bluetooth dan Device Control. Tiada perubahan yang besar dilakukan pada talam notifikasi. Dengan Android 14 akan dilancarkan bulan depan, mungkin tarikh baharu ujian One UI 6 Beta akan diumumkan dalam masa terdekat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd