Cari @ Amanz

Di Malaysia hanya Tesla Model Y ditawarkan pada waktu ini walaupun mereka sudah secara rasmi memasuki pasaran Malaysia. Tetapi jika anda di China pilihan kenderaan yang boleh dibeli adalah lebih pelbagai dan kini Tesla China menawarkan pula “Cybertruck” untuk kucing di rumah.

Ia bukanlah trak elektrik sebenar tetapi sekadar tempat duduk untuk kucing yang mempunyai bentuk yang sama seperti tempat simpanan kargo Cybertruck. Keseluruhan produk ini diperbuat daripada kadbod dengan ia boleh menahan berat kucing sehingga 15 kilogram. Apabila dipasang sepenuhnya, saiz Cybertruck kucing ini adalah sebesar 56x41x25 cm.

Pembeli perlu memasangnya sendiri dan setiap satunya dijual pada harga RMB 89 (~RM57) sebuah. Jika anda tidak mampu lagi menunggu untuk membeli Cybertruck, ini ialah sehampir mungkin kepada sebuah Cybertruck pada waktu ini.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd