Apakah TikTok? Aplikasi media sosial? Penstriman video? NPC? atau penstriman muzik? Kesemua jawapan ini adalah betul kerana TikTok yang dilancarkan lima tahun yang lalu sudah banyak berubah. Di Amerika Syarikat TikTok menjadi platform program realiti nyanyian pula dengan menganjurkan rancangan Gimme the Mic.

Pengguna TikTok di Amerika Syarikat hanya perlu memuat naik video uji bakat nyanyian sepanjang 30 saat ke dalam aplikasi dengan tagar #GIMMETHEMIC. Orang ramai kemudian akan mengundi 30 peserta terbaik yang akan meneruskan pertandingan ke peringkat separuh akhir dimana dua peserta perlu menyanyi bersama.
Sekali lagi undian akan dilakukan di kalangan pengguna TikTok untuk mencari 10 peserta peringkat akhir. Yang menjadikan Gimme the Mic unik ialah kesemua ini dilakukan secara langsung menerusi TikTok Live sahaja dan bukannya menerusi rancangan TV seperti kebiasaan. Pemenang di Amerika Syarikat akan memenangi hadiah dalam bentuk 50,000 “Diamonds” dan kemudiannya mewakili negara menentang pemenang Gimme The Mic dari negara-negara lain.
- Sumber
- TikTok