Dalam diam, Oppo nampaknya telah melancarkan set fon telinga nirwayar baharu iaitu Enco M33 di China. Ia menjadi pengganti kepada Enco M32 sebelum ini, yang juga masih mengekalkan gabungan rekaan gelung leher bersama fon telinga dengan sambungan magnetik


Bagaimanapun ia hadir dengan pemandu audio dinamik lebih besar bersaiz 12.4mm. Ini digabungkan lagi dengan tiga mikrofon tebina, serta ciri ANC terbina yang diiklankan mampu mengurangkan bunyi sehingga 45dB.
Seterusnya sokongan magnetik pada fon telinga pula membolehkan pengguna mengawal audio dengan hanya menyambung/memisahkan kedua-dua fon telinga. Tambatan pantas pula boleh dibuat menerusi sambungan bluetooth 5.2.


Bateri disertakan pula membolehkan fon telinga ini berfungsi sehingga 28 jam lamanya. Dalam masa sama turut melepasi penarafan kalis air IP55 yang menjadilannya selesa untuk digunakan sewaktu bersukan.
Oppo Enco M33 dijual di China pada harga RMB249 (~RM158), serta didatangkan dalam pilihan warna Obsidian Black dan Green. Butiran lanjut mengenai ketersediaanya di Malaysia pula masih belum diketahui.