Carian
WhatsApp Menambah Ciri Perkongsian Skrin Ketika Panggilan Video
August 8, 2023 Aman

Mark Zuckerberg hari ini mengumumkan penambahan ciri perkongsian skrin ketika panggilan video – sekaligus membuka kepada penggunaan WhatsApp sebagai perkhidmatan telesidang alternatif untuk Zoom atau Google Meet.

Dengan ciri perkongsian skrin ini, pengguna boleh berkongsi paparan fail pembentangan bersama pemanggil yang lain, dan membentangkan serta membincangkan berkenaan dengannya.

Untuk menggunakan ciri ini, pengguna perlu memulakan panggilan video, dan seterusnya tekan pada butang khusus yang disediakan untuk memulakan perkongsian skrin.

Bagi anda yang menggunakan WhatsApp, boleh mengemaskini aplikasi anda, dan menguji ciri baru ini.

Komen