Di YouTube, para pengguna boleh memilih untuk menghidupkan atau mematikan ciri “Watch History”. Ciri berkenaan disediakan dalam memudahkan lagi pihak YouTube mencadangkan video mengikut sejarah tontonan anda – disamping para pengguna sendiri boleh menyemak video-video yang telah ditonton oleh mereka sebelum ini dengan mudah.
Apa pun, sekiranya pengguna memilih untuk mematikan ciri berkenaan, bermula hari ini, YouTube tidak lagi akan mencadangkan video untuk terus ditonton bagi pengguna berkenaan.
Ini sekaligus akan membuatkan pengalaman penggunaan YouTube sedikit berbeza, dan tiada latar khusus untuk videi-video yang dicadangkan. Pengguna boleh terus melihat video yang dilanggan dan menonton video yang digemari sahaja.
Pembaharuan pada YouTube ini diperkenalkan secara berperingkat kepada semua bermula hari ini, dan mungkin mengambil beberapa bulan sebelum semua menerimanya.
- Sumber