Cari @ Amanz

Kebelakangan ini, terdapat banyak butiran baru mengenai cip pemprosesan Intel generasi ke-14 yang tertiris, termasuklah nama model dan juga spesifikasinya. Terkini, butiran mengenai sebuah cip pemprosesan kelas pertengahan, iaitu Intel Core i5-14600K telah tertiris, yang akan diperkenalkan dibawah siri CPU Intel generasi ke-14 Raptor Lake Refresh.

Beberapa laporan telah memperlihatkan bahawa cip Intel Core i5-14600K ini hadir dengan jumlah teras dan bebenang kuasa yang sama, iaitu 14 teras yang terdiri daripada enam teras prestasi dan enam teras cekap dengan 20 bebenang kuasa.

Apa yang menarik disini ialah cip pemprosesan ini dilihat hadir dengan kelajuan lewahjam boost clock setinggi 5.3GHz, iaitu 200MHz lebih tinggi daripada cip pemprosesan sebelumnya, Intel Core i7-13600K. Ia masih dibina menggunakan proses 10nm Intel, tetapi dijangka juga hadir dengan prestasi IPC (instructions per clock) yang lebih tinggi.

Selain dari ini, cip pemprosesan ini juga dilihat mempunyai penggunaan kuasa asas 125W, sama dengan cip pemprosesan sebelumnya. Nilai Maximum Turbo Power, ataupun penggunaan kuasa maksima. Sebagai rujukan, nilai MTP Intel Core i7-13600K adalah pada sekitar 181W.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, siri cip pemprosesan Intel Raptor Lake Refresh dijangka akan diperkenalkan pada bulan Oktober kelak, tidak lama selepas Intel memperlihatkan siri cip pemprosesan Meteor Lake di acara Intel Innovation 2023.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd