Tahun ini akhirnya Apple akan menawarkan siri iPhone 15 dengan port pengecasan USB-C. Langkah ini diambil bagi memenuhi keperluan India dan Kesatuan Eropah (EU) yang mewajibkan penggunaan USB-C pada peranti elektronik khususnya telefon pintar bermula 2025.

Hari ini rekaan port USB-C untuk iPhone 15, iPhone 15 Plus dan iPhoen 15 Pro Max telah tertiris ke arena web menerusi akaun Fix Apple. Ura-ura mengatakan pada iPhone 15 dan iPhone 15 Plus, USB-C yang digunakan menyokong protokol USB 2.0 dengan kelajuan 480 Mbps dan pengecasan 20W sahaja.
Hanya iPhone 15 Pro dan 15 Pro Max akan menyokong protokol USB 3.2 dengan kelajuan sehingga 5Gbps dan pengecasan yang lebih pantas. Jika benar, sekali lagi terdapat dua kasta peranti. Untuk prestasi lebih tinggi pengguna perlu memilih model Pro.
[sumbe] @liplipsi [/sumber]