Carian
Projektor BenQ W4000i 4LED Ditawarkan Di Malaysia Dengan Harga RM14,999
August 9, 2023 Amy Maizuraa

BenQ hari ini melancarkan projektor pintar baharu iaitu W4000i 4LED untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan projektor pintar mudah alih yang direka bertujuan menyediakan pengalaman tontonan yang lebih peribadi, serta berkualiti tingi yang boleh menjadikan rumah anda sebagai panggung wayang.

Projektor ini menampilkan teknologi BenQ CinematicColor dan HDR Pro, yang bukan sahaja boleh memaparkan visual sehingga 4K Ultra HD bersama ketepatan warna cukup baik. Malahan diiklan turut mampu menawarkan perincian cukup baik dalam pelbagai adegan, sama ada terang mahupun gelap.

Seterusnya W4000i 4LED dikatakan turut mampu memancar dengan tahap kecerahan 3200 ansi lumens dan menggunakan 4 sumber cahaya LED (RGBB), yang menjanjikan penyelenggaraan lebih rendah berbanding lampu biasa. Terdapat juga Smart Eco Mode yang boleh menyesuaikan kecerahan secara automatik, di samping turut bantu menjimatkan tenaga dan memanjangkan hayat LED.

Pengalaman menjadi lebih baik dengan adanya Filmmaker Mode dan Cinema Mode yang membolehkan mod gambar disesuaikan, seterusnya menghasilkan paparan dengan warna tepat dan seimbang. Projektor ini juga dilengkapi Android TV, selain sedia dipasang dengan beberapa perkhidmatan pensrtiman seperti Netflix, Disney+ dan Amazon Prime.

Bagi yang berminat, W4000i 4LED ditawarkan di Malaysia dengan harga RM14,999 sebuah. Ia boleh dibeli menerusi pengedar sah BenQ di seluruh Malaysia bermula 15 Ogos 2023.

Komen