Cari @ Amanz

Redmi Note 12 telah dikemaskini dengan pilihan baharu Sunrise Gold dan dijual pada harga RM799 di Malaysia. Pengenalannya juga dianggap menarik kerana menyediakan pilihan warna yang lebih pelbagai buat pengguna. Sekaligus menjadikan peranti kini mempunyai empat pilihan warna keseluruhannya.

Tiada perubahan perkakasan dalaman yang dibuat, malahan masih sama dengan varian sedia ada. Di mana skrin AMOLED DotDispla 6.67″ digunakan, yang turut menyokong kadar segar semula 120Hz. Ini dipadankan pula dengan cip Snapdragon 685, memori 8GB RAM dan storan dalaman 256GB untuk tunjang utama.

Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 50MP + 8MP + 2MP, sementara itu kamera swafoto pula 13MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bateri 5000mAh, sistem pengecasan 33W, pengimbas cap jari sisi, penarafan kalis air IP53, bicu audio 3.5mm dan menjalankan MIUI 14 berasaskan Android 13.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd