Carian
Google Chrome Kini Akan Mula Menawarkan Kemaskini Sekuriti Pada Setiap Minggu
August 9, 2023 Aman

Google Chrome merupakan pelayar web yang popular di dunia, dan menawarkan kemaskini versi baharu hampir setiap bulan sekali. Apa pun, dengan pelbagai isu melibatkan sekuriti dan keselamatan, pihak pembangun Chrome mengambil langkah drastik, dan mengumumkan akan mula menawarkan kemaskini sekuriti pada setiap minggu.

Dengan langkah ini, pengguna pelayar web Chrome akan menerima kemaskini sekuriti pada setiap minggu, dan diikuti dengan kemaskini versi baharu pelayar web setiap empat minggu sekali.

Ini sekaligus akan memastikan pengguna kekal terlindung daripada pelbagai masalah sekuriti dan keselamatan, dan memastikan pelayaran web pengguna selamat sentiasa.

Google akan melaksanakan kemaskini mingguan ini bermula dari Chrome 116 yang dijadualkan pada 15 Ogos 2023 kelak. Memandangkan terdapat beberapa pelayar web lain seperti Microsoft Edge dan Opera yang turut berasaskan Chromium, tidak mustahil kita melihat ia turut akan menerima kemaskini sekuriti lebih pantas selepas ini – lebih kurang seperti Google Chrome.

Komen