Lei Jun hari ini mengumumkan Xiaomi bakal memperkenalkan telefon boleh-lipat terbaharu mereka pada 14 Ogos 2023 kelak. Dinamakan Xiaomi Mix Fold 3 ini akan hadir dengan empat kamera utama di belakang, dan dikuasakan dengan teknologi fotografi Leica.

Lei Jun turut menyatakan telefon boleh-lipat yang tidak mempunyai kekurangan berbanding telefon biasa. Ini ditekankan melalui rekaan, serta fungsi serta ciri-ciri yang disertakan bersama dengannya.
Selain sokongan Leica, Xiaomi Mix Fold 3 turut dijangka hadir dengan cip pemprosesan terkini, menawarkan prestasi pemprosesan tinggi, serta hadir dengan sejumlah ciri menarik bersama dengannya.
Sama-sama kita nantikan 14 Ogos ini untuk melihat sendiri penawaran pihak Xiaomi melalui telefon boleh-lipat ini.