China Kini Mewajibkan Semua Penerbit Aplikasi Mendaftar Maklumat Perniagaan Bersama Kerajaan
Aman
Kerajaan China kini akan memerlukan semua penerbit aplikasi untuk mendaftar maklumat perniagaan bersama kerajaan. Kerajaan China memberikan tempoh sehingga Mac 2024 untuk proses pendaftaran ini diselesaikan oleh semua penerbit aplikasi yang menyasarkan pengguna di negara tersebut.
Dengan langkah ini, semua penerbit aplikasi perlu mempunyai syarikat di China, atau bekerjasama dengan penerbit di negara tersebut untuk penawaran aplikasi serta kandungan masing-masing.

Aplikasi tanpa maklumat pendaftaran penuh akan di denda selepas tempoh yang ditetapkan. Kerajaan dikatakan mengambil langkah ini dalam memerangi penipuan atas-talian atau melalui aplikasi.
Sebelum ini, kerajaan China turut memerlukan penerbit permainan video untuk melalui proses perlesenan terlebih dahulu sebelum menawarkan kepada pengguna di China.
[sumber]Reuters[/sumber]