Tune Talk kini hadir dengan sebuah pelan baharu khusus untuk pengguna di Pantai Timur – iaitu Pahang, Kelantan dan Terengganu, dinamakan sebagai pelan Molek 25. Pelan ini menawarkan akses data dengan had sebanyak 30GB sebulan pada kelajuan mencapai 3Mbps, pada harga langganan RM25 sebulan.
Menariknya, sempena promosi pengenalan, pelan ini ditawarkan pada harga RM20 sebulan.

Disertakan bersama pelan ini adalah panggilan tanpa had ke semua talian, disamping penyertaan penggunaan WhatsApp dan WeChat tanpa had.
Bagi para pengguna di Pantai Timur yang berminat, boleh menyemak penawaran Tune Talk ini hari ini melalui laman rasmi mereka.