Cari @ Amanz

Aplikasi Threads terus menerus diberi kemaskini baharu bagi menjadikannya lebih mudah untuk digunakan dalam membantu proses komunikasi masa kini. Bukan itu sahaja hal tersebut juga dibuat mencapai sasaran pengguna yang lebih meluas.

Antara kemaskini baharu yang disediakan adalah pengguna Threads kini boleh berkongsi kandungan secara terus ke DM Instagram. Penggunaannya amat mudah dengan hanya ketik pada butang kongsi, kemudian pilih ‘Send on Instagram’ bagi meneruskan proses perkongsian.

Seterusnya Threads juga membolehkan pengguna memasukkan teks alternatif tersesuai (alt-text) pada kandungan gambar atau video yang mahu dikongsi. Ia bertujuan untuk memaparkan penerangan yang dikatakan boleh meningkatkan lagi kebolehcapaian serta keberkesanan kandungan.

Dalam pada itu Threads turut membenarkan pengguna mengatur senarai akaun yang diikuti. Ini bermakna pengguna boleh mengurus akaun diikuti dengan lebih mudah dan ciri ini boleh diakses menerusi tab ‘Sort’ pada bahagian pengikut.

Selain itu kemaskini baharu Thread turut membolehkan pengguna melihat setiap kandungan yang telah disukai dengan mudah. Tidak ketinggalan Threads kini menyokong pautan rel-me untuk URL profil yang sepatutnya membolehkan pengguna membuat pengesahan identiti pada platform yang disokong dengan mudah, misalnya seperti Mastodon.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd