Cari @ Amanz

Aplikasi WhatsApp telah dikemaskini dengan ciri baharu yang membenarkan pengguna menjadualkan panggilan berkumpulan. Pengenalannya dianggap menarik kerana bukan sahaja mampu menentukan masa yang sesuai untuk kesemua ahli kumpulan. Malahan mampu memastikan mereka bersedia, serta mengurangkan risiko ketinggalan mahupun terlewat menyertai panggilan berkumpulan yang penting.

Penggunaan juga amat mudah dengan hanya ketik pada butang panggilan di dalam ruang sembang berkumpulan yang dimahukan. Seterusnya pengguna boleh memilih jenis panggilan yang mahu dijadualkan sama ada audio atau video. Kemudian diikuti pula dengan tetapan untuk tarikh dan masa panggilan tersebut dijadualkan.

Setelah kesemua proses selesai, ia akan ditambah secara automatik ke dalam ruang sembang dan peringatan akan diberikan kepada mana-mana individu terlibat sekurang-kurangnya 15 minit sebelum panggilan bermula. Ciri ini hanya disediakan buat pengguna WhatsApp Beta terpilih buat masa ini sebelum diedarkan secara meluas dalam masa terdekat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd