Cari @ Amanz

Xiaomi dalam persediaan hadir dengan tablet baharu Pad 6 Max yang dijadualkan tiba pada 14 Ogos ini. Pengenalannya boleh menjadi variasi tambahan buat Xiaomi Pad 6 dan Pad 6 Pro yang diumumkan pada April lalu. Namun dijangka mampu menawarkan ciri dan fungsi yang dipertingkatkan.

Antaranya seperti paparan lebih besar dengan skrin bersaiz 14-inci berbanding 11″ yang digunakan pada Pad 6 dan Pad 6 Pro. Ia juga dilihat bersesuaian dengan penjenamaan Max pada peranti untuk menggambarkan sesuatu yang besar. Rekabentuk bagaimanapun keseluruhannya masih sama dengan gabungan tubuh bersisi rata dan modul kamera segi empat di belakang.

Butiran lanjut mengenai perkakasan dalaman tidak pula didedahkan, yang bermakna kita akan ketahuinya kemudian selepas dilancarkan secara rasmi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd