Cari @ Amanz

Oppo Watch adalah jam tangan Wear OS pertama Oppo dan hanya generasi pertama sahaja dijual di Malaysia. Oppo Watch 2 dan Oppo Watch 3 dengan spesifikasi lebih hebat tidak ditawarkan di pasaran tempatan. Di China, Oppo dilihat sudah bersedia untuk melancarkan Oppo Watch 5 pula.

Digital Chat Station baru-baru ini telah mendedahkan spesifikasi bagi Opppo Watch 5 Pro yang dikatakan akan menggunakan cip Snapdragon W5+ Gen 1 sama dengan TicWatch Pro 5. Skrin akan menggunakan panel OLED LTPO, bateri 570mAh dan menyokong LTE melalui eSIM.

Sokongan NFC, GPS yang jitu, mengimbas nadi, membaca data SpO2, serta ciri jam tangan pintar asas akan dikekalkan. Untuk pasaran China, Wear OS pada jam ini besar kemungkinan menggunakan versi diubahsuai. Sementara untuk pasaran Malaysia masih tidak pasti lagi jika Oppo ingin menjualnya di sini. Sama-sama kita nantikan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd