Kerajaan sedia menetapkan sasaran untuk rangkaian 5G mencapai kadar liputan 80% menjelang penghujung tahun ini. Apa pun, dengan perkembangan semasa, kerajaan menyasarkan rangkaian 5G mencapai kadar liputan 80% selewat-lewatnya pada awal Januari 2024.

Mengikut data semasa, pada bulan Jun 2023, kadar liputan telah mencapai 64.7%, dan ia seterusnya meningkat 2.1% pada Julai, dan mencatatkan angka 66.7% pada penghujung Julai.
Sebaik sahaja mencapai kadar liputan 80%, kerajaan menyasarkan model dwirangkaian 5G akan dapat diimplementasi dengan penubuhan entiti kedua yang akan turut melaksanakan pembangunan infrastruktur 5G di Malaysia.