Cari @ Amanz

Tahun lalu dunia dikejutkan dengan beberapa insiden belon udara dari China yang didakwa mengintip di ruang udara Amerika Syarikat telah ditembak jatuh oleh pesawat pejuang. Bangkai belon dan peralatan yang digunakan telah berjaya dikutip oleh pihak tentera A.S dengan maklumat mengenainya dirahsiakan. China segera menafikan dakwaan ini dengan mengatakan ia sekadar belon meteorologi yang tersesat.

Belon pengintip China – Gambar oleh Tyler Schlitt

Kerana insiden intipan menggunakan belom dijangka akan berlaku lagi, DARPA telah memulakan program Capturing Aerial Payloads to Unleash Reliable Exploitation (CAPTURE) untuk menangkap belon tanpa perlu ditembak jatuh. Dengan CAPTURE peralatan elektronik yang digunakan boleh dikaji dengan lebih teliti sebelum ia musnah kerana jatuh daripada ketinggian ribuan kaki.

Ia juga akan menjadi penyelesaian lebih murah berbanding menembak jatuh belon menggunakan peluru berpandu yang bernilai puluhan ribu Dollar. Tetapi projek CAPTURE ini akan berhadapan pelbagai kesukaran kerana perlu beroperasi pada ketinggian 70,000 kaki dan menangkap belon tanpa kerosakan. Syarikat yang berminat perlu menyertakan cadangan mereka kepada DARPA sebelum 21 September 2023.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd