Rekaan Bose QuietComfort Ultra Dan QuietComfort Ultra Earbuds Tertiris
Amy Maizuraa
Bose kini dalam persediaan hadir dengan dua penambahan baharu untuk produk audio dinamakan sebagai Bose QuietComfort Ultra dan QuietComfort Ultra Earbuds. Rekaan kedua-duanya telah ditemui menerusi beberapa imej pengolokan yang dikongsi oleh OneLeaks dan MySmartprice.

Bose QuietComfort Ultra ialah set fon kepala nirwayar yang kelak tersedia dalam pilihan warna hitam dan putih. Rekabentuk pada fon kepala ini juga lebih kurang sama dengan model lain di bawah siri tersebut. Melaluinya ia menggunakan pad telinga kusyen yang sepatutunya mampu memberi pengalaman penggunaan yang selesa untuk jangka masa panjang. Selain itu ia juga mempunya butang fizikal yang membolehkan pengguna menyesuaikan pelbagai tetapan dan port USB-C pula tujuan sambungan.

Bose QuietComfort Ultra Earbuds pula merupakan set fon telinga jenis dalam telinga dengan sokongan sesentuh pada bahagian tangkai. Tubuhnya juga ringan serta nipis, yang juga idipadankan dengan putik silikon yang sepatutnya diberi pelbagai pilihan saiz untuk kesesuaian di telinga yang lebih baik. Sama seperti Bose QuietComfort Ultra, fon telinga nirwayar ini juga boleh didapati dalam pilihan warna hitam dan putih.

Butiran lanjut mengenai spesifikasi kedua-dua produk audio ini masih belum didedahkan. Namun kedua-dua produk ini sepatutnya mempunyai peningkatan lebih baik bagi menjadikannya tampil menarik berbanding sebelum ini.
[info] Sumber – OnLeaks [/info]