Bersempena dengan pelancaran permainan RPG angkasa Starfield yang akan diperkenalkan pada 6 September ini, AMD, rakan rasmi permainan tersebut telah mengumumkan penawaran CPU dan juga kad grafik edisi terhad yang berdasarkan permainan tersebut.
CPU yang ditawarkan ialah AMD Ryzen 7 7800X3D dengan bungkusan berwarna perak dan hitam, dan nampaknya tidak ada perbezaan yang diperlihatkan pada CPU tersebut. Apa yang lebih menarik ialah penawaran kad grafik edisi terhad ini, yang merupakan sebuah kad grafik AMD Radeon RX 7900 XTX.

Ia masih lagi menggunakan tiga buah kipas dan bongkah penyejukan gabungan tembaga dan aluminum, tetapi hadir dengan rekaan seakan kapal angkasa dengan rangka berwarna putih dan pelbagai teks yang diilhamkan daripada permainan komputer Starfield.
AMD mengesahkan bahawa mereka hanya akan membangunkan 500 pasang CPU dan kad grafik bertemakan Starfield ini, dan ia tidak akan dijual di mana-mana pasaran. Satu-satunya cara untuk mendapatkannya ialah untuk menyertai mana-mana acara pemberian yang dilakukan oleh AMD.
- Sumber
- AMD