Agence France-Presse , European Pressphoto Agency, European Publishers’ Council, Gannett USA TODAY Network, Getty Images, National Press Photographers Association, National Writers Union, News Media Alliance, The Associated Press dan The Authors Guild telah mengeluarkan kenyataan bersama menggesa harta intelek mereka dihormati oleh pembangun kecerdasan buatan (AI) generatif.

Walaupun memuji kemampuan AI generatif menghasilkan imej yang realistik, kesemua persatuan juru foto ini memberikan amaran bahawa gambar yang dijana boleh menyebabkan orang ramai hilang kepercayaan kepada media. Latihan model AI juga tidak seharusnya melanggar harta intelek (IP) dengan pembangun seharusnya meminta kebenaran daripada pemegang IP terlebih dahulu.
Pada waktu yang sama gambar yang dijana oleh AI seharusnya mempunyai label yang jelas dan konsisten untuk mengelakkan kekeliruan orang ramai. Setakat ini Google mengesahkan mereka akan mula memaparkan label pada gambar yang dijana AI pada keputusan carian Google Images.
- Sumber
- EPA