Cari @ Amanz

Mozilla kini berkongsi menyatakan mereka akan mengumumkan sokongan pemalam untuk Firefox pada Android, di awal September kelak. Dengan penawaran ini, ia sekaligus akan menjadikan Firefox sebagai antara pelayar web utama terawal yang menawarkan sokongan pemalam pada pelayar web mudah-alih.

Pada hari ini, penggunaan pemalam pada pelayar web Firefox versi desktop sedia meluas, dan ramai menantikan pengenalannya pada Firefox di Android. Ini sekaligus akan memudahkan para pengguna menambah ciri-ciri yang diperlukan dengan mudah pada pelayar web Firefox di Android.

Mozilla menyatakan mereka telah sedia membangunkan ekosistem untuk pemalam pada Firefox di Android, dan akan berkongsi lanjut mengenainya pada awal September.

Pengumuman berkenaan kelak juga dijangka akan membolehkan semua pembangun bersedia dengan pemalam sebelum pelancaran rasmi besar-besaran di Firefox untuk Android.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd