Bagi pengguna di rumah, kini CelcomDigi hadir dengan sebuah penawaran baharu, dinamakan 5G Home WiFi. Melaluinya, ia menawarkan sebuah penghala khusus yang disertakan dengan sokongan liputan rangkaian 5G – membolehkan pengguna berkongsi penggunaannya di rumah.
CelcomDigi 5G Home WiFi ini hadir pada harga langganan RM149 sebulan untuk sementara waktu (harga biasa RM199 sebulan), yang turut memerlukan pengguna melanggannya dibawah kontrak 24 bulan. Langganan ini juga turut hadir dengan penghala khusus untuknya.

CelcomDigi menyatakan pengguna boleh menikmati ia pada kelajuan 5G tanpa had, tetapi dengan had kuota 1TB sebulan. Sebaik sahaja ia selesai digunakan, pengguna akan perlu melanggan pas harian, atau akan dihadkan kepada kelajuan 512kbps sehingga ia diperbaharui.
Bagi anda yang berminat, boleh menyemak penawaran CelcomDigi 5G Home WiFi ini di laman rasmi mereka hari ini.