Bloomberg kini berkongsi laporan terbaru, menyatakan Apple kini dalam persediaan untuk memperkenalkan rekaan baharu untuk jam tangan pintar Apple Watch mereka. Buat masa ini, proses kemaskini rekaan ini dikenali sebagai Apple Watch X secara dalaman.

Apple Watch X ini dijangka hadir dengan rekaan yang lebih nipis, disamping penggunaan sistem magnetik yang baharu dalam menyambungkan tali jam tangan kepadanya.
Apple masih akan menawarkan kemaskini serta versi baharu jam tangan Apple Watch Series 9 pada tahun 2023 ini, yang membawa sedikit kemaskini pada spesifikasi, disamping beberapa ciri baharu bersama dengannya.