Apple Watch akan menyambut ulang tahun jualannya yang ke sepuluh pada tahun 2025. Sempena ulang tahun yang penting ini, Apple Watch X akan dilancarkan dengan rekaan serba baharu menurut laporan Mark Gurman untuk Bloomberg.

Rekaan tubuh Apple Watch X dikatakan akan lebih nipis. Perubahan paling besar yang dilakukan sejak dilancarkan untuk model biasa dan bukan Apple Pro. Tambah Gurman lagi, Apple juga akan menawarkan Watch X dengan sistem sambungan tali bermagnet. Maklumat lebih lanjut mengenai sambungan bermagnet ini masih lagi misteri.
Skrin adalah dari jenis microLED yang lebih moden berbanding skrin OLED yang digunakan sekarang. Rekaan Apple Watch kini sudahpun dianggap ikonik dan sebarang perubahan drastik pasti akan menimbulkan pelbagai persoalan. Tetapi selepas sedekad dilancarkan sudah tiba masanya ia diubah sama seperti iPhone melakukan perubahan drastik menerusi iPhone X lima tahun yang lalu.
- Sumber
- Bloomberg