YouTube Semakin Agresif Memberikan Amaran Kepada Pengguna Penghalang Iklan
Effi Saharudin
Pemalam menghalang iklan atau AdBlock digunakan oleh individu yang tidak mahu dihujani iklan pada pelayar web desktop. Tetapi YouTube kini semakin agrefi memberikan peringatan kepada pengguna AdBlock supaya berhenti menggunakannya dan mempromosikan YouTube Premium.

Dalam sistem terbaru yang ditemukan oleh pengguna Reddit u/MaybeCrispWaffles, amaran untuk tidak menggunakan AdBlock kini hadir dengan jam pemasa. Selepas 30-60 saat barulah video boleh ditonton. Sebelum ini pengguna masih boleh menonton 2-3 video dengan AdBlock diaktifkan. Terdapat dua butang satu untuk melanggan YouTube Premium dan satu lagi untuk mematikan AdBlock.
Walaupun kami akui YouTube Premium ialah langganan yang berbaloi kerana menghalang iklan, dengan harga langganannya serta platform penstriman lain baru sahaja meningkat ia mendatangkan beban kepada pengguna. Kita sudah tiba ke era perlu lebih memilih apakah yang perlu dilanggan setiap bulan.
[sumber] r/YouTube [/sumber]