Cari @ Amanz

WhatsApp kini menyediakan satu lagi cara baharu untuk melindungi privasi pengguna menerusi ciri dinamakan Screen Lock. Ia telah mula ditawarkan kepada pengguna WhatsApp Web terpilih untuk dicuba, yang mana aksesnya boleh disemak dengan cara klik pada bahagian WhatsApp Setting > Privacy.

Penggunaannya juga mudah yang memerlukan pengguna memasukkan kata laluan sahaja utnuk membuka WhatsApp Web. Menariknya lagi apabila tiada sebarang pemberitahuan akan muncul sekiranya berlaku kegagalan sewaktu proses log masuk dilakukan. Kemudian sekiranya terlupa kata laluan, pengguna masih diberi pilihan untuk log masuk menggunakan imbasan QR disediakan dengan syarat perlu log keluar terlebih dahulu.

Pengenalan ciri ini dianggap menarik kerana menawarkan kelebihan dari segi privasi yang menghalang orang lain daripada sesuka menceroboh maklumat peribadi tanpa kebenaran. Buat masa ini hanya pengguna terpilih yang boleh mencuba dan ia akan dilancarkan kepada lebih ramai orasng dalam beberapa minggu akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd