Jabra sering dikatakan hadir dengan produk yang bukan sahaja memberi fokus terhadap ciri, malahan kualiti audio yang baik. Ini secara tidak langsungnya telah membuka ruang kepada pengguna untuk memilih apa yang sesuai dengan keperluan.

Terbaharu dua fon telinga baharu Jabra dikenali sebagai Jabra Elite 8 Active dan Jabra Elite 10 didapati tertiris menerusi imej pengolokan tular. Kedua-duanya menampilkan fon jenis dalam telinga tanpa tangkai dengan putik silikon pelbagai saiz. Ini digabungkan lagi dengan pod pengecas berbentuk bujur yang juga disediakan dalam beberapa pilihan warna termasuk Navy Blue, Black dan Beige.

Seterusnya fon telinga juga dijangka melepasi penarafan air IP68, sementara itu pod pengecasannya pula dilindungi IP54. Turut disertakan adalah kebolehan ANC yang dipertingkatkan untuk pengalaman audio lebih emersif. Butiran lanjut mengenai spesifikasi masih kekal misteri, begitu juga dengan tarikh pelancarannya.
- Info
- Sumber – 9To5 Google (Via Mysmartprice)