Acara pelancaran hari ini turut memperlihatkan Xiaomi hadir dengan tablet baharu iaitu Pad 6 Max. Ia diberi peningkatan yang menarik khususnya skrin lebih besar bersaiz 14″ bagi tujuan pengalaman tontonan yang mengasyikkan. Ini ditambahbaik lagi dengan sokongan skrin beresolusi 2.8K yang juga menyokong kadar segar semula 120Hz.

Seterusnya cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman mencapai 1TB digunakan sebagai tunjang utama. Turut dimuatkan adalah dwi-kamera utama 50MP + 2MP dan kamera swafoto pula sebesar 20MP. + ToF.

Kapasiti baterinya pula sebesar 10,000mAh dan menyokong pengecasan berwayar 67W serta nirwayar 33W. Empat pembesar suara juga diberikan pada tablet ini, dalam masa sama turut menyokong papan kekunci serta stylus bagi tujuan kerja lebih produktif.


Harga jualan Xiaomi Pad 6 Max bermula RMB3,599 (~RM2,286) (8GB/256GB), RMB3,799 (~RM2,413) (12GB/256GB), RMB4,199 (~RM2,667) (12GB/512GB) dan RMB4,599 (~RM2,921) (16GB/1TB) dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan kelabu.