Cari @ Amanz

Maxis hari ini telah mengaktifkan perkhidmatan 5G kepada para pengguna mereka, termasuk pengguna Hotlink. Selari dengannya, untuk pengguna Hotlink sedia ada, anda boleh menebus pas 5G percuma melalui aplikasi Hotlink Red – dan seterusnya menikmati perkhidmatan 5G pada peranti anda yang menyokongnya.

Untuk menebusnya, anda hanya perlu membuka aplikasi Hotlink Red, dan tekan pada ikon baharu “Get 5G”. Anda seterusnya boleh menebus Pas Akses 5G untuk 30 hari secara percuma – sehingga 15 September 2023.

Sebaik sahaja diaktifkan, ia akan digunakan bersama pas internet aktif pengguna, dan menikmati akses rangkaian 5G.

Hotlink turut menyatakan pengguna perlu melanggan pas 5G ini pada bayaran tambahan RM5 sebulan bermula 16 September 2023.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd