Carian
Netflix Mula Menawarkan Penstriman Permainan Video Di TV
August 15, 2023 Effi Saharudin

Seminggu selepas menawarkan aplikasi Game Controller di iOS, Netflix hari memulakan ujian penstriman permainan video terus pada TV kepada pengguna di Kanada dan UK. Ujian skala kecil ini ditawarkan kepada sebilangan kecil pengguna terlebih dahulu. Dalam minggu mendatang pula mereka akan turut memberikan ciri ini ke PC dan Mac menerusi pelayar-pelayar web yang disokong.

Pada waktu ini permainan yang boleh distrim ialah Oxenfree dan Molehew’s Mining Adventure sahaja. Kerana ia masih lagi dalam fasa Beta, TV yang disokong adalah Amazon Fire TV, Chromecast with Google TV, LG, Nvidia Shield, Roku, Samsung, dan Walmart ONN. Lebih banyak peranti lain akan disokong selepas ini.

Sejak dari dahulu lagi Netflix mengatakan pesaing mereka bukan platform penstriman lain tetapi sebaliknya adalah Fornite kerana melihat permainan video sahaja boleh mencuri perhatian orang ramai.

Komen