Nokia Perlihat Inovasi Baharu Dalam Infrastruktur Bagi Memacu Pendigitalan Negara Di Amplify Malaysia
Amy Maizuraa
Nokia hari ini berkongsi strategi teknologi yang dikemaskini sebagai sebahagian daripada transformasi strategik dan jangka panjangnya. Dalam satu kenyataan pengeluar yang berpangkalan di Finland ini berkata, Nokia kini merupakan peneraju inovasi teknologi secara perniagaan kepada perniagaan (B2B) yang mengiktiraf potensi digital dalam setiap industri.

Ini termasuklah dalam kepakaran rangkaian, kepimpinan teknologi, inovasi perintis dan perkongsian kerjasama. Melalui strategi yang sama juga, Nokia dilihat bersungguh-sungguh dalam menerajui perubahan progresif untuk ekosistem ekosistem pembekal perkhidmatan komunikasi di negara ini menerusi inovasi teknologi dan transformasi digital yang dibentangkan.

Dalam acara yang sama, Nokia juga telah membentangkan beberapa inovasi, produk dan teknologi terkini dari seluruh portfolio syarikat yang merangkumi;
- Nokia MIX Industrial Edge – Direka untuk membantu industri perusahaan mempercepatkan inisiatif pendigitalan teknologi operasi yang dikuasakan oleh Nokia Digital Automation Cloud (Nokia DAC).
- NetGuard Cybersecurity Dome – Penyelesaian keselamatan siber menggunakan teknologi pra-binaan 5G untuk memastikan keselamatan rangkaian. Di mana pasukan keselamatan boleh memilih memilih kes penggunaan 5G pra-binaan bagi mengesan ancaman rangkaian telekomunikasi tertentu.


- Nokia Optical Solutions Portfolio – Penyelesaian automasi rangkaian yang membantu pembekal perkhidmatan komunikasi (CSP), syarikat skala web dan perusahaan meningkatkan pendapatan, mempercepatkan penggunaan perkhidmatan dan membina rangkaian IP serta optik yang lebih dipercayai.
- Nokia Network Planning And Optimization Portfolio (NPO) – Perkhidmatan yang membantu pengendali komunikasi menguruskan rangkaian nirwayar mereka dengan lebih baik beserta kos yang efektif. Ia menggabungkan teknologi awan Nokia dan kepakaran global yang juga dikatakan mampu mengoptimumkan rangkaian sehingga 40% lebih baik.