Dua bulan lepas, rekaan Oppo Find N3 Flip telah tertiris memperlihatkan rekaan yang masih sama dengan N2 Flip iaitu skrin luar kecil yang memanjang dan tiga kamera disusun menegak di sebelahnya. Mereka tidak berminat mengikut rekaan Motorola Razr 40 Ultra dan Samsung Galaxy Z Flip5 yang dilengkapi skrin luaran lebih besar.

Terbaru, Find N3 Flip dilihat telah hadir dengan rekaan baharu. Sayang sekali ia masih kekal menggunakan skrin luar kecil yang memanjang yang dijangka bersaiz 3.26″ panel AMOLED. Perubahan yang dilakukan adalah pada rekaan kamera yang kini menggunakan rekaan bulat seperti Find X6 Pro tetapi bersaiz kecil. Penjenamaan Hasselblad turut boleh dilihat pada imej lakaran yang tertiris.
Sekiranya ini ialah rekaan akhir N3 Flip kami sedikit kecewa kerana selepas menggunakan Z Flip5 kamu merasakan skrin sekunder yang besar adalah perlu untuk peranti jenis Flip. Ia mengurangkan keperluan peranti sentiasa dibuka kerana mesej boleh dibalas terus dari skrin luar.

Selain rekaan, spesifikasi turut didedahkan tetapi sumber asal dilihat telah memadam perkongsian mereka. Oppo Find N3 Flip akan menggunakan skrin dalam 6.8″ LTPO AMOLED 120z, skrin luar 3″, kamera 50+8+32 Megapixel, kamera swafoto 32 Megapixel, menyokong pengecasan pantas 67W dan menjalankan ColorOS 14 berasaskan Android 13.
Peranti ini dikatakan akan dilancarkan di China pada hujung bulan Ogos, sebelum ke peringkat global sekitar bulan September nanti. Sama-sama kita nantikan.
- Sumber
- Pricebaba