Cari @ Amanz

Apple Watch sudah hampir sedekad dilancarkan dan kini menjadi jam tangan pintar dengan pasaran paling dominan. Tetapi jika anda pembeli Apple Watch Series 1, anda pasti kecewa kerana ia tidak lagi menerima kemas kini perisian sejak 2020 sekaligus menjadikannya sampah elektronik. Menyedari isu ini, NanoRobotGeek seorang YouTuber mengubahsuai seutas Apple Watch Series 1 menjadi sebuah jam tangan mekanikal.

Bahagian elektronik di dalam tubuh Apple Watch dibuang dan digantikan dengan mekanisme Seiko NH38. Mekanisme ini dipilih kerana ia mempunyai sistem pemberat yang akan berputar bagi membekalkan kuasa. Tiada bateri diperlukan dan tiada sistem spring perlu di putar secara manual setiap hari.

Walaupun ia bukan lagi sebuah jam tangan pintar, Apple Watch mekanikal ini akan dapat beroperasi selagi dipakai pada tangan pemiliknya. Tiada isu perisian yang usang, kehabisan bateri atau komponen elektronik yang rosak akan menghantui pemiliknya.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd