Meta sebelum ini sedia menyatakan bakal mengintegrasikan sejumlah ciri-ciri penjanaan berasaskan kecerdasan buatan ke produk-produk mereka, termasuk WhatsApp. Terbaru, melalui versi pembangunan WhatsApp terkini, ia dilihat Meta telah mulakan ujian integrasi penjanaan kecerdasan buatan pada aplikasi permesejan berkenaan.

Melalui ciri yang sedang diuji, ia membolehkan para pengguna untuk menjana sesuatu “Sticker” dengan hanya melakukan input berasaskan teks sahaja. Mengikut ujian yang diperlihatkan, pengguna boleh memilih untuk menjana “Sticker”, dan seterusnya memasukkan teks untuk apa yang dikehendaki, dan aplikasi tersebut akan jana pelekat atau Sticker berkenaan.
Buat masa ini, ciri ini masih pada peringkat ujian dan belum diketahui lagi bilakah akan diperkenalkan kepada umum secara rasminya.
- Sumber
- WABetaInfo