Cari @ Amanz

Beberapa minggu lalu kami ada melaporkan bahawa Plaza Tol KESAS sudah mula hadir dengan terminal pembayaran MyDebit untuk membolehkan para pemandu untuk membayar tol menggunakan kad debit mereka.

Hari ini, dalam perjalanan ke tempat kerja, kami sedar bahawa terminal-terminal MyDebit ini sudahpun diaktifkan, dan boleh digunakan untuk membayar tol-tol di lebuhraya KESAS disamping menggunakan kad Touch’n’Go, Smart Tag dan juga TnG RFID.

Buat masa ini, hanya satu terminal MyDebit dipasang di setiap plaza tol KESAS, dan buat masa ini, ia kelihatan di lorong tol sebelah kiri TnG RFID.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd