Carian
Infinix GT 10 Pro Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada September
August 16, 2023 Amy Maizuraa

Infinix dalam perancangan mempelbagaikan lagi portfolio peranti pintarnya dengan membawa masuk GT 10 Pro ke Malaysia. Ia dipasarkan sebagai peranti gaming mampu milik yang kelak sudah dapat memenuhi keperluan kelompok pengguna tertentu.

Melihat perkongsian di laman web rasmi, peranti akan ditawarkan di Malaysia pada 12 September akan datang tanpa berkongsi lanjut mengenai harga jualan rasmi. Pun begitu video pendek disertakan telah mengesahkan beberapa spesifikasi pada peranti.

Ia dilihat hadir dengan penawaran seumpama variasi di India dengan cip MediaTek Dimensity 8050, bateri 5000mAh, pengecasan 45W dan kamera utama 108MP. Turut melengkapinya adalah lampu LED kecil di belakang yang dalam masa sama, Infinix turut menjanjikan pengalaman antaramuka yang bebas iklan.

Komen