Carian
Xiaomi Smart Band 8 Melepasi Pengesahan SIRIM DI Malaysia
August 16, 2023 Amy Maizuraa

Seutas peranti boleh pakai Xiaomi telah ditemui melepasi pengesahan SIRIM di Malaysia hari ini. Ia telah didaftarkan Xiaomi Technologies Malaysia Sdn Bhd dengan kod nama M2239B1 (Xiaomi Smart Band 8), yang boleh menjadi variasi untuk Xiaomi Band 8 yang diumumkan pada April lalu. Hal juga menandakan ia boleh ditawarkan di Malaysia dalam masa terdekat namun ketersediaannya secara khusus masih belum dapat dipastikan.

Peranti boleh pakai ini dipercayai mengekalkan perkakasan dalaman yang sama dengan variasi di China. Di mana skrin lebih besar 1.62-inci digunakan berbanding generasi terdahulu. Pelbagai ciri kecergasan dan kesihatan turut boleh ditemui padanya, yang dalam masa sama juga kalis air 5ATM dan boleh bertahan sehingga 16 hari lamanya.

Komen