Cari @ Amanz

Sea, syarikat induk disebalik laman edagang popular Shopee kini menyatakan mereka akan terus meningkatkan pelaburan dalam arena edagang di pelbagai pasaran – terutamanya dalam menyaingi persaingan dari pihak TikTok.

Seperti ramai sedia maklum, TikTok kini mula menerima perhatian ramai pihak melalui TikTok Shop. Pelbagai pengguna juga dilihat mengemari platform tersebut dalam melakukan pembelian – disamping perhatian yang diberikan pada penjual dalam melakukan siaran langsung dan kandungan khusus di TikTok untuk urusan jual beli.

Untuk makluman, Shopee telah memulakan sokongan jualan melalui video langsung sejak 2019, namun ia menghadapi cabaran daripada pihak TikTok. Berbeza dengan Shopee, ramai ke TikTok untuk mendapatkan kandungan serta pelbagai kemaskini harian – dan integrasi TikTok Shop dilihat membawa kepada lebih ramai membeli melaluinya, berbanding apa yang disediakan Shopee.

Sea menyasarkan untuk memfokuskan kepada meningkatkan kadar penggunaan orang ramai pada platform Shopee, termasuk melalui jualan langsung, video pendek, dan juga program affiliate bersama pempengaruh.

Peningkatan pelaburan ini juga dijangka akan memberikan kesan terhadap pendapatan Shopee pada suku-suku tahunan akan datang.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd