Bandaraya New York pula mengharamkan aplikasi TikTok pada peranti-peranti yang diberikan kepada penjawat awam. Kakitangan diberikan masa selama 30 hari untuk memadam aplikasi pada peranti rasmi mereka. Selepas tempoh tersebut akses kepada aplikasi dan laman web akan dihalang terus daripada mengakses internet pada peranti-peranti ini.
Langkah diambil atas alasan TikTok didakwa berkongsi data pengguna dengan kerajaan China. TikTok dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan hari ini sekali lagi menafikan bahawa mereka memberikan akses data pengguna Amerika Syarikat kepada kerajaan China.
Gerakan untuk mengharamkan TikTok di Amerika Syarikat telah dimulakan ketika pentadbiran Donald Trump yang menyebabkan sebuah entiti baharu dibuka di negara tersebut. Data pengguna A.S juga telah dipindahkan ke pelayar yang dikendalikan oleh Oracle. Walaupun Trump telah digantikan dengan Joe Biden, A.S masih lagi berkeras bahawa TikTok mendatangkan risiko sekuriti dengan beberapa negeri mengharamkannya daripada peranti milik penjawat awam.