Saya adalah seorang yang sukar untuk bangun awal pagi. Ini mungkin kerana cara tidur saya yang tidak sempurna seperti waktu tidur yang tidak konsisten, tempoh tidur yang tidak cukup serta jarang sekali saya tidur nyenyak. Perkara ini berlaku mungkin kerana saya berjaga di malam hari untuk menulis artikel, menantikan berita hangat tiba serta kerap maratonton siri TV sehingga habis satu musim dalam satu malam.

Sejak saya menggunakan Samsung Galaxy Watch6 Classic, akhirnya corak tidur saya semakin baik. Dalam artikel ini akan saya kongsi kepada anda kenapa dan apakah yang menjadikan jam tangan pintar baharu Samsung ini peranti boleh pakai terbaik yang anda boleh miliki. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang ingin kekal sihat, dapat tidur nyenyak dan sentiasa dapat menerima rehat yang mencukupi.
MARKAH TIDUR
Sleep Score adalah markah untuk memberitahu pemakai jam Samsung Galaxy Watch6 prestasi tidur masing-masing. Setiap markah turut diwakili dengan perkataan untuk pengguna mengambil lebih perhatian cara tidur. Misalnya jika saya menerima markah 72 ia diwakili dengan Good (bagus), 60 pula Fair (adil) atau 53 Need Attention yang perlu saya beri lebih perhatian jika ingin kekal sihat.

Markah ini diperoleh dari jumlah waktu tidur, kitaran tidur, jumlah waktu terjaga ketika tidur, tahap pemulihan fizikal dan juga pemulihan mental. Setiap satu kategori ini turut mempunyai nasihat tersendiri yang boleh dibaca pemakai jam agar dapat memberi lagi kesedaran betapa pentingnya tidur yang mencukupi.
LAPORAN TIDUR
Semua data yang saya sebutkan di atas boleh dibaca dalam aplikasi Samsung Health. Ia merupakan satu laporan lengkap kesihatan dan kecergasan pemakai jam Galaxy Watch6. Malah turut terdapat data tambahan seperti suhu kulit untuk tahu suhu yang terbaik yang boleh memastikan tidur yang nyenyak. Setiap data ini mempunyai graf dalam paparan yang kemas, cantik dan mudah faham.

KUSTOMASI YANG PELBAGAI
Terdapat kajian yang mendapati warna boleh mencipta suasana berbeza untuk setiap orang. Misalnya biru/hijau adalah tenang, jingga/kuning menambah selera makan, merah membawa tenaga, ungu pula kreativiti dan banyak lagi. Namun begitu setiap orang membawa pentafsiran berbeza untuk warna bergantung kepada faktor peribadi atau budaya.

Dengan jam Samsung Galaxy Watch6, pelbagai ciri kustomasi boleh dilakukan. Misalnya adalah memilih rekaan muka jam berbeza yang turut ada keunikan masing-masing. Pengguna turut boleh mengubah tema warna dan dengan menggunakan Routine warna boleh berubah mengikut masa seperti pagi merah dan malam hijau.

Jika anda tertanya adakah kustomasi terhad kepada perisian sahaja? Jawapannya tidak! Samsung Malaysia turut mempunyai Galaxy Watch Studio, di mana saiz dan warna jam boleh dipilih berserta dengan berkas tali jam mana sebelum dibeli.

Di Malaysia terdapat dua pilihan utama jam tangan pintar ini, iaitu Samsung Galaxy Watch6 Classic dan juga Samsung Galaxy Watch6 biasa. Kedua-duanya mempunyai saiz yang berbeza iaitu Galaxy Watch6 Classic 43mm yang berharga RM1,399 atau 47mm yang berharga RM1,499. Sementara Galaxy Watch6 biasa menawarkan saiz 40mm pada harga RM1,099 atau 44mm pada harga RM1,199. Versi LTE turut ditawarkan untuk setiap jam pada harga tambahan RM300. Pilihan warna bagi Galaxy Watch6 Classic adalah perak dan hitam. Galaxy Watch6 pula menawarkan warna emas, grafit dan perak.

Dengan musim percutian yang hampir tiba, Samsung menjemput anda semua berkongsi kegembiraan bersama dengan orang yang tersayang dengan menghadiahkan mereka seutas jam tangan pintar yang premium untuk mereka bergaya dengan fesyen terkini serta lebih menjaga kesihatan.
Jika anda rasa jam Galaxy Watch6 ini sesuai untuk mereka, lawati laman web Galaxy Watch Studio atau kunjungi terus ke kedai Samsung Experience untuk membelinya sekarang. Sempena promosi sehingga 31 Disember ini terdapat berkas menarik dengan kotak berwarna hijau yang cantik dan istimewa dengan hadiah bernilai mencapai RM727. Antaranya adalah tali jam bernilai RM239, pengecas 15W bernilai RM59, endul jam (cradle) bernilai RM129 dan juga rebat tukar-beli dengan penjimatan sehingga RM300.
Model | Harga | Warna |
---|---|---|
Galaxy Watch6 Classic 47mm LTE | RM1,799 | Perak, Hitam |
Galaxy Watch6 Classic 47mm BT | RM1,499 | |
Galaxy Watch6 Classic 43mm LTE | RM1,699 | |
Galaxy Watch6 Classic 43mm BT | RM1,399 | |
Galaxy Watch6 44mm LTE | RM1,499 | Grafit, Perak |
Galaxy Watch6 44mm BT | RM1,199 | |
Galaxy Watch6 40mm LTE | RM1,399 | Grafit, Emas |
Galaxy Watch6 40mm BT | RM1,099 |
- Beli:
Penafian: Advertorial dari Samsung Malaysia