Peranti dengan memori 24GB RAM kini menjadi sebahagian trend dalam kalangan pengeluar. Ia bukan sahaja memberi nilai tambah menarik pada sesebuah peranti. Malahan turut boleh dimanfaatkan untuk kegunaan yang pelbagai agar boleh memberikan pengalaman yang baik.
Antara pengeluar yang sedia menawarkan ciri ini pada peranti termasuklah RedMagic, Redmi dan OnePlus. Namun terbaharu terdapat pula desas-desus mengatakan IQOO dan Vivo juga mempunyai perancangan yang sama untuk menawarnya pada peranti keluarannya. Menariknya lagi apabila sokongan memori ini turut dipadankan dengan storan yang juga besar mencapai 1TB UFS 4.0.
Butiran lanjut masih belum didedahkan, namun boleh jadi ia disertakan pada peranti IQOO 12 yang kemudiannya, diikuti pula dengan peranti Vivo yang akan datang. Dalam pada itu IQOO 12 juga dipercayai hadir dengan skrin AMOLED 144Hz, cip Snapdragon 8 Gen 2 dan kamera 50MP.
Bagi melihat sejauh mana kebenarannya sama-sama kita nantikan perkembangan lebih lanjut berkaitan perkara ini. Kita juga boleh menyasarkan trend peranti dengan memori besar ini akan terus berkembang dan digunakan lebih meluas oleh pelbagai pengguna kelak.