Masalah dengan kenderaan elektrik (EV) ialah tempoh mengecas yang masih lama. Untuk mengecas sehingga penuh pemilik perlu menanti sehingga sejam. CATL yang merupakan pengeluar bateri EV utama dunia mengumumkan Shenxing Superfast Charging Battery yang boleh memberikan jarak 400km selepas dicas selama 10 minit.

Shenxing Superfast Charging Battery ialah bateri dari jenis litium besi fosfat (LFP) dengan kemampuan jarak perjalanan sehingga 700 km apabila dicas sehingga penuh. Secara lazimnya LFP mempunyai kepadatan kuasa dan kemampuan tahun sejuk yang tidak sebaik Li-ion. Tambah CATL lagi Shenxing Superfast Charging Battery boleh dicas sehingga 80% dalam masa 30 minit dan beroperasi pada suhu serendah -10℃.

Bateri ini akan ditawarkan kepada pelanggan bermula Q2 2024. Antara pelanggan yang menggunakan bateri CATL pada waktu ini ialah Tesla, Ford, BMW, Hyundai dan Geely.
- Sumber
- Electrek